Wednesday 20 September 2017

Abstrak

Pembangunan video pembelajaran dalam topik Kirchhoff bagi persediaan proses pembelajaran kendiri di kalangan pelajar. 


Nik Syaharudin Bin Nik Daud, Azmanira Binti Ismail, Lilis Suraini Binti Mohd Ayob dan Nurehan Binti Shahri

Penggunaan video telah menjadi satu keperluan dalam proses pembelajaran pada masa kini. Pendedahan teknologi seperti blog, Facebook, WhatsApp dan YouTube di kalangan pelajar sangat wajar untuk digunakan ke arah yang lebih baik. Video boleh dihasilkan mengguna perisian yang diperoleh secara percuma dan mudah untuk dikendalikan. Proses menghasilkan video perlu mengikut beberapa langkah iaitu pemilihan topik, papan cerita, skrip dan rakaman suara. Video yang dirakam hanya menggunakan “power point “ yang telah disediakan. Proses rakaman menggunakan perisian “Screencast O Matik”. Video yang telah dihasilkan boleh disebarkan kepada pelajar melalui YouTube atau portal kolej. Pensyarah yang terlibat telah berjaya menghasilkan dua video pembelajaran bagi topik Kirchhoff. Video berkaitan asas dan kaedah penyelesaian masalah.


Ahli kumpulan