Impak
Pensyarah yang terlibat dapat
menghasilkan video pembelajaran mengikut kreativiti sendiri dan dapat
menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih bermutu. Di samping itu kemahiran
yang diperoleh semasa melakukan kajian ini boleh dijadikan satu projek kepada
pelajar.
Setelah pensyarah terlibat mahir,
proses penghasilan video boleh dijadikan satu projek kepada pelajar. Memandangkan
bagi program matrikulasi pada masa kini tidak menjalankan ujian pertengahan
semester maka projek ini dapat dijadikan sebahagian daripada penilaian
berterusan pelajar. (Nik Daud , Jaafar, Abdul Mukti ,
& Ismail, 2016)
Pembangunan teknologi digital
pada abad ke dua puluh satu banyak menyokong penghasilan medium pembelajaran
menggunakan imej yang bergerak. Pembelajaran berasaskan video juga telah
mengubah paradigma pembelajaran dalam pendidikan tinggi. (Maniar, 2008)
Pembelajaran menggunakan video
dapat membantu pelajar yang lemah. Pengulangan dapat dilakukan apabila mereka
masih tidak faham dan juga boleh hentikan video untuk membuat latihan. Ini akan
menjadikan mereka lebih faham dalam sesuatu topik yang dipelajari.
Masa untuk
proses pembelajaran juga tidak terikat dengan sesi yang dikhaskan sahaja.
Pelajar dapat belajar pada bila-bila masa mengikut kesesuaian mereka.
Penggunaan teknologi menjadikan sumber pembelajaran lebih fleksibel. (Shyu, 2000 ) .
No comments:
Post a Comment