Pelaksanaan

Pelaksanaan

Proses menghasilkan video terdiri daripada beberapa proses iaitu mendapatkan tajuk, menyediakan papan cerita, menyediakan skrip, menyediakan power point, proses rakaman, proses suntingan, pengujian dan muat naik ke YouTube. Rajah 1 menunjukkan aliran proses bagi menghasilkan video pembelajaran.

Rajah 1: Aliran proses menghasilkan video


  • Mendapatkan tajuk
Bagi menghasilkan video pembelajaran yang berkesan proses ini merupakan satu langkah utama supaya video yang terhasil dapat membantu pelajar dalam pembelajaran. Proses ini dilakukan dengan bantuan laporan kerja calon (LKC), perbincangan bersama ahli kumpulan dan berdasarkan persoalan yang sering diajukan oleh pelajar.


  • Penyediaan papan cerita
Setelah satu topik diperoleh maka perjalanan penceritaan perlu dilakukan ini perlu supaya isi penting topik dapat di sampaikan dengan sempurna. Contoh papan cerita ialah seperti Rajah 2 di bawah.

Rajah 2: Contoh papan cerita


  • Penyediaan skrip
Skrip yang disediakan dapat membantu kelancaran semasa proses rakaman. Ini bagi memastikan semua isi penting dapat disampaikan dan tidak berlaku kehilangan maklumat. Dengan adanya skrip penggunaan ayat yang sesuai dapat digunakan bagi memberi penjelasan bagi setiap penerangan.


 Rajah 3: Contoh skrip yang dihasilkan


  • Penyediaan power point
Penghasilan video secara rakaman skrin komputer, maka penyediaan power point dapat membantu kelancaran proses rakaman. Dengan menggunakan power point isi kandungan yang hendak di sampaikan dapat disusun dengan lebih teratur. Ia juga dapat memastikan maklumat yang disampaikan mencukupi untuk bahagian tersebut.



Rajah 4: Power point yang dihasilkan
  • Proses rakaman
Proses rakaman menggunakan perisian percuma iaitu “Screencast O Matik”. Perisian ini akan merakam paparan pada skrin komputer menjadi video. Pada masa yang sama rakaman suara juga dilakukan mengikut slaid power point yang dipaparkan. 

Panjang setiap rakaman sebolehnya kurang daripada 3 minit, ini bagi memudahkan ulangan jika berlakunya kesilapan semasa rakaman.

 Rajah 5: Proses rakaman video


  • Proses suntingan
Setelah semua video siap dirakam, maka proses suntingan dilakukan bagi menyusun video-video tersebut menjadi satu video pembelajaran. Proses suntingan menggunakan perisian “movie maker” yang diperoleh secara percuma.


  • Pengujian
Pengujian dilakukan bagi memastikan video yang terhasil memenuhi keperluan pelajar. Antara ujian yang dilakukan ialah kejelasan imej video dan kejelasan suara atau bunyi. Serta kandungan yang disampaikan. Proses ini melibatkan pensyarah. Soalan soal selidik seperti lampiran.

Borang soal selidik telah dimuat naik ke dalam Google Drive, dengan menggunakan pautan yang diberikan https://drive.google.com/file/d/0B7ymZGuTdxTpSW5hejRSVmFzR1E/view ia dapat digunakan untuk tujuan kajian selanjutnya.


  • Muat naik ke YouTube
Video yang telah siap akan dimuat naik ke laman sesawang YouTube bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkannya.


Rajah 6: Video telah di muat naik ke laman YouTube


Video yang telah di muat naik ke YouTube boleh di tonton pada pautan berikut https://youtu.be/59rN825k3PQ untuk video yang pertama dan https://youtu.be/2K670-HzOO0 bagi video kedua. Dalam tempoh pengujian video tersebut telah diprogramkan kepada sendiri, ini bagi memudahkan proses pemantauan.




No comments:

Post a Comment