Pembelajaran
pada abad ke dua puluh satu menjadikan kaedah pembelajaran lebih menarik. Pelajar
menjadikan pembelajaran mengikut kemahuan dan keperluan mereka. Dengan bantuan
teknologi proses pencarian maklumat menjadi lebih mudah. Sebagai pendidik penyediaan
bahan pembelajaran bermutu adalah sangat penting supaya pelajar mendapat
maklumat yang betul. dan tepat (Shyu, 2000 ). Di samping itu dengan
penghasilan bahan pembelajaran bermutu akan menjadikan pendidik lebih berwibawa.
Kaedah
penyampaian maklumat pada masa kini telah dipelbagaikan seperti menggunakan
blog, video dan penulisan buku elektronik. Dengan menggunakan teknologi pelajar
mempunyai kebebasan untuk mendapatkan maklumat dan dapat merancang proses
pembelajaran sendiri (Bell, 2010).
Kajian
terdahulu banyak dilakukan terhadap kaedah pembelajaran berkesan, pelajar akan
mudah memahami sesuatu mengikut pengalaman dan maklumat yang sedia ada. Oleh yang
demikian pendidik perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar mereka bagi
memudahkan proses pembelajaran (Kearney & Treagust, 2001).
Salah
satu bahan pembelajaran yang boleh dihasilkan ialah pembelajaran menggunakan
video. Pelajar dapat menonton pada bila-bila masa mengikut kelapangan
masing-masing. Ini akan menjadikan pembelajaran lebih efektif. Kemahiran
menyediakan video pembelajaran perlu ada pada setiap pendidik. Oleh yang
demikian pendidik dapat menghasilkan video yang mudah dan ringkas tetapi
bermaklumat.
No comments:
Post a Comment