Pembangunan video pembelajaran
dalam topik Kirchhoff bagi persediaan proses pembelajaran kendiri di kalangan
pelajar.
Nik Syaharudin Bin Nik Daud, Azmanira
Binti Ismail, Lilis Suraini Binti Mohd Ayob dan Nurehan Binti Shahri
Penggunaan video telah menjadi
satu keperluan dalam proses pembelajaran pada masa kini. Pendedahan teknologi seperti
blog, Facebook, WhatsApp dan YouTube di kalangan pelajar sangat wajar untuk
digunakan ke arah yang lebih baik. Video boleh dihasilkan mengguna perisian
yang diperoleh secara percuma dan mudah untuk dikendalikan. Proses menghasilkan
video perlu mengikut beberapa langkah iaitu pemilihan topik, papan cerita,
skrip dan rakaman suara. Video yang dirakam hanya menggunakan “power point “
yang telah disediakan. Proses rakaman menggunakan perisian “Screencast O Matik”.
Video yang telah dihasilkan boleh disebarkan kepada pelajar melalui YouTube
atau portal kolej. Pensyarah yang terlibat telah berjaya menghasilkan dua video
pembelajaran bagi topik Kirchhoff. Video berkaitan asas dan kaedah penyelesaian
masalah.
No comments:
Post a Comment